Siapa yang pernah makan putu mayam? Ini makanan kegemaran masyarakat India. Yang menariknya ialah ia dipersembahkan dengan warna jalur gemilang. Sangat menarik! Sumber : ig @ravi_putumayam_ipoh
Tumbuh subur pokok kelapa, dilanggar oleh si anak gajah, sejarah Malaysia jangan dilupa, beratus tahun kita dijajah. ****************************** Bunga raya di dalam dulang, Daunnya pula dimakan ulat, Rakyat dibela pemimpin dijulang, Malaysia merdeka kekal berdaulat. sumber : ig @iraaajann_
PERTANDINGAN POSTER KREATIF SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA ; MERDEKA NORMA BAHARU🇲🇾 Tak kira bangsa atau agama, frontliners dan rakyat terap prihatin terhadap masyarakat- Mohamad Izzat bin Mohamad Nor
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA Berikut adalah antara tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu: 1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Tunku telah menunjukkan kehebatannya sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. 2. V. T. SAMBANTHAN Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu. 3. RENTAP Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang ...
Erti kemerdekaan pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan membina jati diri Tema Hari Merdeka 2021 dikekalkan seperti tahun lepas "Malaysia Prihatin" Tema ini menepati situasi sekarang yang menunjukkan kprihatinan kerajaan terhadap rakyat berbilang kaum
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI , rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta